Sunday 1 April 2012

Acara Larian Jarak Jauh 3000m

   

              Pengenalan

         
 
     Terdapat tiga acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan, 5000 meter dan acara 10000 meter.  Dalam olahraga lelaki, acara larian 3000 meter tidak pernah dipertandingkan di mana-mana kejohanan IAAF dianjurkan.Dalam beberapa perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan. Di peringkat antarabangsa , acara ini biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita.
 

 

       Aturan Dan Cara Larian


 
     Acara lari jarak jauh 3000 meter dijalankan dalam 7 ½ pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh tiga kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 7 ½ pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter.

 

     Teknik Larian 3000 meter 

 

  •        Berlari dilorong yang paling dalam.
              Berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar dan permulaan untuk acara ini sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pelari.
 
  •        Cuba mengekalkan kepantasan.
      Pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian
 
  •        Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri.
      Pelari hendaklah mengelakkan diri daripada berlari mengikut rentak dan teknik larian peserta lain, sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri

  •         Meningkatkan kepantasan pada akhir larian
      Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan dalam mencapai garisan penamat.

  •         Tempat larian
      Seperti dalam acara 3000 meter, pegawai perlumbaan juga akan membunyikan loceng atau siren memberi isyarat apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya. Cara menamatkan larian untuk acara ini adalah sama, iaitu dengan mendepankan bahagian torso.


    Latihan Penzaliman Untuk Olahragawan

 

-    Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persedia awal pelari.
-    Latihan memanaskan badan yang antara lain merangkumi aspek - aspek seperti berjoging dan lari pecut untuk jarak tertentu.
-    Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian.
-    Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

 


 

  

 

 


Sunday 19 February 2012

My 1st POST

~Tentang diri ini~



Nama: Alya binti Matali @ Nerro

Unit/Kumpulan: L7 (Muzik)

D.O.B: 12/08/1992


P/s: Blog ini adalah untuk pembelajaran bagi subjek TMK (Pendidikan Jasmani)